Soalan: Pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah pertama kerajaan Islam Madinah telah menyaksikan beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah terutama semasa awal pemerintahannya. Bincangkan.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dilahirkan di Kota Makkah. Beliau memiliki keperibadian yang mulia. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar al-Siddiq telah sebagai Khalifah al-Rasyidin yang pertama. Semasa zaman pemerintahannya, beliau berdepan dengan pelbagai masalah yang membelenggu umat serta negara Islam.
Masalah pertama yang beliau hadapi ialah isu kepimpinan yang berkaitan dengan pelantikan khalifah. Bagi mengatasi isu ini, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah mewasiatkan kepada umat Islam agar melantik Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua yang akan menggantikan beliau nanti. Pemilihan Umar al-Khattab adalah disebabkan kelayakan serta pengalaman yang beliau miliki. Tujuan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencadangkan idea ini adalah untuk mengelakkan berlakunya konflik dan perebutan dalam pemilihan khalifah sebagaimana peristiwa yang berlaku sebelum pelantikan beliau sebagai khalifah pertama.
Masalah akidah juga timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa berdepan dengan golongan ar-Riddah iaitu golongan nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq cuba menyelesaikan masalah ini secara rundingan atau diplomasi. Namun usaha beliau tidak berhasil. Akhirnya, beliau terpaksa menggunakan kekuatan ketenteraan. Pasukan yang dibentuk oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ini berjaya mengalahkan golongan ar-Riddah dalam Perang ar-Riddah.
Seterusnya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq juga berdepan dengan ancaman oleh musuh kerajaan Islam. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah mengarahkan pasukan tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu di bawah jajahan Rom. Pasukan tentera ini telah memperoleh kemenangan. Kejayaan tersebut telah membuktikan kekuatan tentera Islam sehingga menimbulkan ketakutan kepada musuh yang selama ini ingin menyerang Madinah. Kekuatan tentera Islam ini secara langsung berjaya membendung ancaman oleh kaum Zubyan dan Absy terhadap Madinah.
Selain itu, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq juga berdepan dengan masalah kebimbangan umat Islam akan kehilangan dan penyelewengan ayat-ayat al-Quran. Hal ini berikutan kematian ramai huffaz semasa usaha memerangi golongan ar-Riddah. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah mengambil inisiatif mengarahkan usaha mengumpul semula ayat-ayat al-Quran. Usaha menyalin semula ayat-ayat yang telah dikumpul telah diamanahkan kepada Zaid bin Thabit. Setelah siap, naskah al-Quran tersebut kemudian telah diserahkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk disimpan.
Kesimpulannya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya menangani pelbagai masalah yang timbul terutama diawal pemerintahannya. Kewibawaan beliau sebagai khalifah berjaya mengembalikan kestabilan negara Islam.
Wow! Very helpful answer!
ReplyDeleteWow...thank you so much
ReplyDeleteWow...thank you so much
ReplyDeleteTerima kasih.. izin share ya?
ReplyDeleteThis is a very good method to gain notes and information about the Khalifah System which was implemented back then. It is suitable for the students with internet connection. Besides, it encourages students to use internet wisely.
ReplyDeletethank you so much...it help me a lot
ReplyDelete