Monday, 14 November 2016

Al Mausdi.


  


Image result for imej of al mausdi   



Contoh esei: Al-Mas’udi adalah tokoh pelayaran yang banyak  memberikan sumbangan besar dalam bidang geografi. Bincangkan.
                Al-Mas’udi merupakan tokoh pelayar yang berasal dari Iraq. Beliau pernah berlayar ke Parsi, India, China, Indochina, Madagascar, Zanzibar dan Oman. Beliau telah merakamkan semua pengalaman pelayarannya dalam karya beliau. Karya beliau inilah yang telah banyak memberi impak dalam bidang geografi.
                Antara sumbangan al-Mas;udi ialah penghasilan karya agungnya iaitu Muruj al-Dhahabwa Ma’adin al-Jawahir. Karya agung beliau ini dianggap sebagai ensiklopedia geografi paling awal. Gaya penulisannya yang menggabungkan ilmu geografi dan disiplin sejarah telah menjadikan karya beliau sebagai karya yang cukup menarik. Beliau telah menghuraikan dan menggambarkan keadaan perairan Laut Mati, gempa bumi dan tajuk-tajuk lain yang berkaitan dengan geologi dengan terperinci.
                Karya beliau jelas menunjukkan beliau  menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar. Teori ini menganggap bahawa faktor persekitaran seperti iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Misalnya, matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib dan hidup orang dari utara menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam aspek peperangan berbanding manusia di selatan yang mempunyai sifat lebih suka hidup dalam suasana aman.
                Selain itu, beliau juga mengaitkan fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Sebagai contoh, beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup masyakat Arab Badwi amat berkait rapat dengan kualiti alam sekitarnya. Al-Mas’udi juga berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Menurutnya, hal ini dapat diperhatikan melalui contoh yang beliau berikan berkaitan  perbezaan warna kulit orang Turki yang tinggal di utara India dengan orang Turki yang tinggal di Turki.
Dalam karyanya,  al-Mas’udi juga menggambarkan dan menerangkan keadaan persekitaran atau geografi kawasan di India khususnya tentang flora dan fauna yang terdapat di tepi Laut Combay. Buah oren, kelapa, burung merak, gajah dan burung kakak tua adalah antara subjek yang menjadi kajian beliau. Beliau berjaya menjelaskan secara terperinci kawasan-kawasan di India seperti Makran, Sind dan pantai Barat India. Beliau juga telah menghapuskan kekeliruan tentang nama-nama sungai yang dilalui semasa pelayaran di samping menerangkan tentang keadaan, lokasi dan aktiviti masyarakat India.
Di samping itu, Al-Mas’udi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan garisan lintang. Penentuan garis-garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu pelayaran. Beliau turut menjelaskan bahawa jarak antara benua Eropah dengan China ialah setengah dari pada lingkungan bumi.
                Kejayaan beliau seterusnya ialah  membetulkan kefahaman dalam kalangan pelayar yang menyatakan setiap laut wujud secara berasingan. Menurut al-Mas’udi, Laut Parsi, Laut China, Laut Rom dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.
                Kesimpulannya, sumbangan al-Mas’udi  dalam bidang geografi memang tidak dapat disangkal lagi. Al-Mas’udi boleh dianggap sebagai tokoh yang berkebolehan dalam bidang geografi, sejarah dan fizik. Sumbangan beliau dalam bidang tersebut member impak yang besar sehingga ke hari ini.

9 comments:

  1. Wowww..sangat membantu maklumat ini.. Terima kasih admin

    ReplyDelete
  2. Wowww..sangat membantu maklumat ini.. Terima kasih admin

    ReplyDelete
  3. Banyak maklumat yg saya dapat. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Semoga tajuk ini keluar utk peperiksaan stpm nanti.. 😊 terima kasih atas nota nya.

    ReplyDelete
  5. Saya amat menggalakkan pembelajaran sebegini bagi pelajar yang memerlukan perkhidmatan internet. Seperti yang dimaklumkan, kami sedang menumpukan ke arah Sistem Pembelajaran Abad ke-21 (21st Century Learning System) dan inaya boleh digunakan bagi maklumat dan kepentingan pelajar tingkatan enam dan pembaca-pembaca yang meminati sejarah seperti saya.

    ReplyDelete